Tamadun penulisan terbahagi kepada bidang penulisan dan pencetakan.

Tamadun China.

Tamadun China merupakan
antara tamadun yang tertua dan masih wujud sehingga hari ini kerana mengamalkan
sifat-sifat yang terbuka dalam interaksinya dengan tamadun lain dan juga masih
mengekalkan identitinya. Sejak tahun 2000SM tamadun China dikesan dan mengikut
daripada sumber-sumber sejarah, dinasti terawal ialah Dinasti Chia yang
dipercaya berasal dari kebudayaan Neolitik Lembah Sungai Kuning (Hwang Ho).
Tamadun china terletak pada Lembah Hwang Ho dan meluas sehinggalah ke bahagian
selatan China. Kawasan ini juga mula diperluaskan dengan kewujudan Dinasti
Chin. Kewujudan empayar yang pertama itu memberikan tanda satu peningkatan
dalam tamadun China. Dinasti Chin pula bermula pada tahun 221SM dan berakhir
pada tahun 207SM. Maharaja Shin Huang Ti merupakan pengasas Dinasti Chin dan
beliau Berjaya memperluaskan jajahan takukannya hingga terbentuk sebuah
empayar. Zaman empayar merupakan zaman berlakunya banyak peperangan dan
perluasan kuasa dengan jajahan takluk yang luas dapat disatukan di bawah sebuah
pentadiran pusat.

 

 

Sumbangan Tamadun China.

Tamadun China telah
memberi sumbangan yang besar kepada perkembangan ketamadunan manusia dari
pelbagai segi, antaranya politik, tamadun Hwang Ho memrupakan pengaruh besar
dalam sistem permerintahan China Kuno. Sistem permerintahan monarki telah
diteruskan hingga ke zaman Dinasti Ching. Terdapat sedikit perubahan yang
dilakukan seperti gelaran raja ditukar kepada maharaja. Konsep anak syurga dan
mandat dari syurga yang dikaitkan dengan raja (maharaja) dam amalan putaran
dinasti diteruskan oleh dinasti-dinasti China hingga abad ke-20

 

Pada peringkat ekonomi,
pelbagai sumbangan telah tercapai pada Tamadun China. Antaranya ialah pembinaan
sistem pengairan sejak zaman awal dinasti China terutama zaman Shang. Pemimpin
ketika itu menitikberatkan pembangunan pertanian. Hal ini menyebabkan
terusan-terusan dibina supaya dapat mengalirkan air ke kawasan pertanian secara
langsung mengelakkan berlakunya banjir besar.

 

 

Sistem penulisan antara
sumbangan sumbangan tamadun China. Sistem penulisan telah berkembang secara
evolusi dan masih digunakan sehingga hari ini oleh orang China. Bidang
penulisan terbahagi kepada bidang penulisan dan pencetakan. Tulisan ini di terapkan
di peringkat sekolah di China. Di samping itu tulisan ini melebarkan sayap
penggunaannya sehingga ke Korea dan Jepun.

Kepecayaan pemujaan roh
nenek moyang merupakan unsur pemujaan yang di bawa sejak zaman Shang yang telah
diteruskan sehingga kini mengikut kesesuaian masa. Misalnya, unsur mengorbankan
manusia tidak lagi di amalkan dan digantikan dengan unsur makanan, duit, dan
barang perhiasan. Konsep Yin dan Yang serta Feng Hsui merupakan dua daripada
kepecayaan yang masih terdapat dalam masyarakat China sehingga hari ini. Ketika
pemerintahan Shang, sistem kalenda telah di perkenalkan dengan 30 hari sebulan
dan 360 hari dalam setahun.

Tamadun china turun
mempunya falsafah perang yang cuba diamalkan sehingga kini iaitu falsafah perang
Sun Tzu. The Art of War sebuah karya
yang membicarakan selok-belok perang dan bagaimana cara untuk menangani musuh
telah diulang cetak dalam pelbagai bahasa. Pada hari ini, falsafah tersebut
telah di aplikasikan dalam taktik urusan perniagaan.

Tamadun China tidak
menekankan aspek ekonomi, tetapi turut memberi sumbangan dalam bidang sains dan
teknologi dunia. Ahli arkeologi menunjukkan sains dan teknologi China telah
wujud pada kurun ke-15 sehingga kurun ke 11SM. Pada peringkat awal pemulaannya,
budaya China menghargai kemahiran dalam teknologi khasnya kejuruteraan
hidraulik kerana kewujudan budaya China bergantung kepada keupayaan atau
kejayaan mengawal banjir Sungai Kuning. Tekonologi lain seperti melebur dan
menuang besi kedalam acuan, pengeluaran porselin, pembuatan kertas dan loyang,
dipercayai telah wujud pada masa yang lebih awal lagi. Keunggulan yang
teknologi China telah menarik perhatian dunia barat dan seterusnya berlaku
pemindahan pengeahuan teknologi dari China ke barat. Ilmu mengenai sutera,
kompas, pembuatan kertas dan porselin di dunia barat dibawa masuk dari negara China.

 

Selain itu sumbangan dari
sudut amalam perubatan China berkembang hasil daripada kaedah empirical iaitu
melalui pemerhatian terhadap badan manusia dan nbeberapa perubatan Cina. Contoh:
Inner Cannon (Nei Ching) dan Metarial Medica (Pen Tsoao Kang Mu). Hasil
karya ini juga telah diterjemahkan dalam Bahasa asing dan cukup berpengaruh di
negara-negara asia Timur dan Eropah. Rangka asas teori Yin dan Yang dan juga
teori lima elemen. Teori lima elemen menganggap badan manusia sebagai
sebahagian daripada dunia fizikal ini dan organ dalaman seperti hati, jantung,
limpa, paru-paru, dan ginjal adalah secocok dengan lima elemen dalam alam
semesta.

Dalam masyarakat china,
penyakit boleh dirawat melalui tiga cara iaitu menerusi rawatan secara
pemberian bahan-bahan seperti herba dan bahan galian. Moksibusi adalah cara
perubatan yang menggunakan sumbu atau moksa yang dibuat daari herba tertentu
untuk dilekatkan. Selian itu sumbangan dari segi perubatan yang masih kekal
hingga iaitu akupuntur. Rawatan dengan memasukkan jarum pada tempat tertentu.

 

Dua buah karya matematik
tertua Cina iaitu Chou Pei Suan King yang membicarakan mengenai kalender,
pengiraan masa baying-bayang dan mengandungi catatan matematik. Karya kedua
ialah Chiu Chang Suan Shu yang mengandungi Sembilan teori matematik. Semasa
Dinasti Tang, matematik telah dimasukkan dalam peperiksaan. Pengajiannya
mengabil masa tujuh tahun di Guozijian (kolej putera-putera negara) dan
berdasarkan teks klasik berjudul Suanjing shi shu (sepuluh risalah panduan
matematik). Pada tahun 1084 teks ini telah dikeluarkan dari peperiksaan awam
kerajaan pada tahun 1230.

Namun demikian, ini bukan
bermakna matematiktidak penting dalam kehidupan masyarakat cina. Ia tetap
menjadi satu unsur penting kepada tamadun Cina. ini kerana setiap dinasti di China
cuba membentuk sebuah memerintahan yang lengkap. Sebagai contohnya gerakan
penyatuan china yang dilakukan oleh shih huang-ti menjelaskan bagaimana beliau
ingin mengadakan satu sistem sukat, ukur dan timbang yang standard bagi China.

Antara ahli matematik Cina
yang terkenal ialah Liu Hui, Zhu Shijie (sekitar tahun 1300) Li Zhi (1192-1279)
dan Li Shanla (1811-1882). Liu Hui yang tidak diketahui riwayat hidupnya pernah
menerangkan mengenai teorem semasa meletusnya era Negeri-negeri berperang
(220-267 masihi) manakala Zhu Shijie merupakan sarjana pengembara yang pernah
ke segenap pelusuk china bagi mengajar ilmu yang dibawa oleh beliau. Dengan
terjumpanya tulang-tulang binatang dan kulit kura-kura pada abad ke 14SM maka
tulisan angka-angka yang mudah telah diketahui. Pada abad ke – masihi muncul
pula sistem tulisan yang stabil.

 

 

 

 

 

Perbincangan awal
mengenai matematik cina adalah berkenaan dengan segi empat ajaib. Perkara yang
menariknya mengenai segi empat ajaib ini ialah apabila angka-angka baris yang
menegak, mendatar atau miring di campurkan ia akan mendapat jumlah yang sama
iaitu 15.

 

Manakala bidang astronomi
semasa pemerintahan dinasti Zhou orang China telah mampu menyediakan katalog
bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet. Sumbangan terbesar
ahli astronomi china ialah penghasilan peralatan astronomi dan penyelenggaraan
rekod astronomi yang sempurna, dan tepat. Sistem kalender china juga adalah
salah satu siste yang paling awal, maju dan tepat berbanding dengan sistem lain
di dunia ini.

 

Salah satu kemajuan
teknologi Cina yang memberangsangkan ialah dalam sector perkapalan. Ini kerana
china bukan sahaja mempunyai dua sungai terpenting iaitu Sungaai Yangtze dan
Sungai Kuning tetapi mempunyai kawasan perairan yang luas. Sementara itu
terdapatnya bahan-bahan utama untuk pembinaan pengangkutan air seperti giant
bamboo yang mempunyai ketinggian sehingga 24 meter. Pegangkutan air ini tetap
digunakan sehingga sekarang dengan adanya rakit buluh. Namun demikian buluh
bukan sahaja digunakan untuk membuat rakit, ia juga berguna untuk tiang-tiang
dan layar kapal. Pembinaan Jong-jong cina merupakan salah satu binaan
perkapalan yang unik. Selain reka bentuk jong-jong yang unik ini, ia juga
mempunyai kedudukan yang kukuh.